Sedikit-sedikit lama-lama
menjadi bukit bermaksud usaha / upaya kecil
yang terus-menerus pasti akhirnya akan memberikan hasil.
Pribahasa ini dapat dikaitan dengan pekerjaan. Jika kita
tekun dan sabar , kita pasti berjaya melakukannya. Walau sesukar mana sekalipun
sesuatu pekerjaan itu, jika dilakukan sedikit demi sedikit, sudah tentu
pekerjaan itu akan dapat diselesaikan juga.
Selain itu, peribahasa ini juga menggalakkan kita agar
bersabar. Bersikap sabar dalam apa sahaja yang kita lakukan pasti akan membawa
kejayaan. Setengah perkara tidak dapat diselesaikan sekali gus tetapi harus
dilakukan demi sesedikit atau secara peerlahan-lahan. Oleh itu, kita perlulah
bersabar sebelum mencapai kejayaan yang kita inginkan.
Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa sesuatu kejayaan itu
akan daapt dicapai sekiranya kita harus berusaha tanpa rasa jemu dan putus asa,
Oleh itu, sedikit-sedikit lama-lama manjadi bukit perlu manjadi prinsip
hidup setiap orang agar tidak rugi pada masa depan.
No comments:
Post a Comment