"Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" bererti suatu kejayaan atau keuntungan tidak akan diperoleh sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk mendapatkannya. Selain itu, peribahasa ini juga membawa maksud tentang kepentingan usaha yang gigih untuk memajukan diri, masyarakat dan negara.
Peribahasa ini mengajak kita berusaha dengan gigih demi meraihkan kejayaan. Sebagai contohnya, seseorang pelajar yang ingin mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan haruslah berusaha dengan gigih dalam pelajaran. Hal ini kerana kejayaan tidak akan didapatkan oleh orang yang malas, malah akan memusnahkan masa depan diri sendiri.
Jesteru, sesorang yang ingin kemajuan atau kejayaan dalam hayat hidup sendiri mestilah berusaha dan jangan harap ada apa-apa jalan ringkas.
Sunday, 5 April 2015
PERATURAN
Peraturan bererti suatu perjanjian yang telah dibuat untuk kepentingan umum, tentang apa saja yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan daripada Wikipedia manakala daripada Kamus Besar Bahasa Indonesia, peraturan adalah ketentuan yang mengikat warga kelompok masyarakat, dipakai sabagai panduan, tatanan, dan kendalikan tingkat laku yang sesuai dan diterima; setiap warga masyarakat harus menaati aturan yang berlaku; atau ukuran. kaidah yang dipakai sebagai tolok ukur untuk menilai atau membandingkan sesuatu.
Peraturan
adalah penting dalam kehidupan harian manusia kerana boleh sebagai suatu garis
panduan kepada orang berkenaan supaya tidak melanggarkan peraturan yang
ditentukan boleh pihak berkenaan. Selain itu, jika sesorang itu mematuhi
peraturan yang ditentukan dapat memastikan sendiri daripada kejatuhan hukuman
yang berat, seperti denda, penjana, kehilangan jawatan dan sebagainya.

Subscribe to:
Posts (Atom)