Sunday, 5 April 2015

"Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Saguya"

"Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" bererti suatu kejayaan atau keuntungan tidak akan diperoleh sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk mendapatkannya. Selain itu, peribahasa ini juga membawa maksud tentang kepentingan usaha yang gigih untuk memajukan diri, masyarakat dan negara.
Peribahasa ini mengajak kita berusaha dengan gigih demi meraihkan kejayaan. Sebagai contohnya, seseorang pelajar yang ingin mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan haruslah berusaha dengan gigih dalam pelajaran. Hal ini kerana kejayaan tidak akan didapatkan oleh orang yang malas, malah akan memusnahkan masa depan diri sendiri.
Jesteru, sesorang yang ingin kemajuan atau kejayaan dalam hayat hidup sendiri mestilah berusaha dan jangan harap ada apa-apa jalan ringkas.



 

No comments:

Post a Comment