Semasa kita menuju jauh
ke dunia yang semakin moden, taraf hidup dan
kesihatan kita menjadi semakin
teruk. Hal ini kerana
semasa kita cuba mendapat sesuatu yang lebih baik atau moden, tetapi tidak
pernah berfikir dengan kesannya kepada persekitaran dan akhirnya persekitaran
tercemar oleh kita.
Sebagai contohnya, kilang-kilang,
kereta dan jentera lain mengeluarkan
gas pencemaran ke atmosfera, mengeluarkan asap dan udara kotor ke sekitar
alam. Akhirnya, kita bernafas udara kotor ini.
Selain itu, kita membuang
sampah dan sisa industri ke dalam sungai akan membunuhkan ikan dan makhluk lain yang hidup di bawah air.
Kesimpulannya, menjaga kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab
kita sebagai penduduk di bumi ini. Jika
setiap orang tidak prihatin terhadap isu ini, maka persekitaran ini akan
bertambah buruk lagi sehingga tiada apa-apa hidupan yang boleh hidup dalam bumi
ini. Pada masa itu, janganlah harap ada apa-apa cara yang boleh selesaikan
masalah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga bumi ini mulai saat
ini!!!!
No comments:
Post a Comment