Udara yang kita
bernafas adalah bercampur dengan banyak jenis gas, yang mana oksigen memainkan
peranan yang terpenting. Jika kita tidak berupaya menghisapkan gas ini untuk
beberapa minit, kita akan mati. Hal ini kerana udara ini adalah amat penting
untuk kita hidup berterusan.
Oksigen ini juga
amat penting kepada tumbuh-tumbuhan dan binatang yang berada dalam dunia ini. Oksigen
adalah berada di sekeliling kita. Badan kita memerlukan gas ini untuk
menghidupkan sel-sel dalam badan. Oleh itu, ini adalah amat penting untuk
mamastikan kualiti udara adalah bersih dan tulen.
Tetapi zaman yang
semakin maju ini telah membawa kesan pencemaran udara ini dengan mengeluarkan gas
yang tercemar keluar alam dari kilangnya, juga orang yang merokok, membakar sampah
secara terbuka dan sebagainya. Kesannya adalah menyebabkan kita menghisap udara
yang telah dicemarkan dengan apa-apa jenis gas yang tidak diketahui dalam ini. Jika kejadian ini terus berlaku
akan memberi kesan kepada kesihatan kita.
Piihan adalah
dibuat oleh kita. Oleh itu, berhentilah perlakukan tersebut supaya memastikan pada masa depan kita masih
ada udara yang segar dan bersih…….
No comments:
Post a Comment