Realiti dalam kegunaan harian bermaksud "keadaan sesuatu seperti mana ia wujud". Istilah realiti, dalam erti paling luas, termasuk segala yang sedia ada, sama ada ia boleh dilihat, boleh difahami, atau kelihatan dirinya tidak konsisten dari segi sains, falsafah, atau mana-mana sistem analisa yang lain.
Tetapi dalam kehidupan manusia, realiti adalah tidak beberapa disukai oleh orang ramai kerana ia akan memutuskan mimpi mewah mereka. Sebagai contohnya, orang yang malas akan sentiasa bayangkan kehidupan mewah yang mereka akan dapatkan walaupun tidak perlu bekerja hanya duduk pun ada wang dapat, tinggal di rumah besar, dan mamandu kereta mewah.
Walau bagaimanapun, pada akhirnya orang tersebut akan kembali semula kepada kehidupan realiti yang begitu kejam, mereka perlu menerima keadaan sebenar dan teruslah bekerja untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment