Sunday, 26 April 2015

Lambat !!!

Lambat bererti melakukan sesuatu selepas masa biasa yang dijangkakan atau berlaku jauh di dalam jangka masa yang tertentu. Kelakuan lambat telah menjadi sesuatu kejadian yang sering berlaku dan tidak akan berasa terkejut atau malu apabila seseorang tersebut lambat. Kejadian ini menjadi sesuatu isu yang semakin series dalam zaman ini.
Apabila seseorang itu adalah lambat, dia akan terdapat banyak alasan yang baik supaya pihak berkenaan tidak akan mengenakan denda atau hukuman kepada dia. Tetapi ini akan menyebabkan seseorang kurang disliplin dan mamandangkan ringan kepentingan tepat masa. Sekiranya seseorang pengurus syarikat sentiasa datang lambat, ini akan menyebabkan orang bawahannya mengikut perlakuannya. Kesannya adalah syarikat tersebut akan dipandang  sebagai sebuah syarikat yang tiada peraturan dan perfesionalnya akan dipandang rendah oleh pihak luar.

Perlakuan lambat adalah sesuatu perlakuan yang tidak baik. Oleh itu, kita perlu berusaha memperbaiki sifat yang buruk ini, dan menjadi seseorang yang berdisiplin dan dihormat oleh orang lain.

  

No comments:

Post a Comment