Arus perubahan zaman secara tidak langsung telah mengubahkan cara permakanan masyarakat. Mereka lebih menggemari makanan yang ringkas dan mudah daripada memasak. Oleh itu, makanan segera seperti KFC, McD, burger, pizza dan sebagainya semakin digemari. Hal ini kerana makanan tersebut tidak mengambilkan masa yang panjang untuk disediakan dan ekoran rasanya enak dan lazat.
Sikap mudah menerima pembaharuan turut mempengaruhi budaya permakanan dalam kalangan masyarakat. Jesteru, makanan segera menjadi pilihan utama bagi masyarakat apabila penat selepas bekerja terutama generasi muda.
Walau bagaimanapun, budaya makan makanan segera perlu dikawalkan demi menjamin kesihatan sendiri, ahli keluarga dan masyarakat. Hal ini kerana makanan segera mengandungi bahan-bahan yang boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan, seperti obesiti, kencing manis, tekanan darat tinggi dan sebagainya.