Sunday, 22 March 2015

BERFIKIR SEBELUM BERKATA, BERUNDING SEBELUM DIBUAT

Sebelum melakukan sesuatu perkara atau tindakan, kita perlu berfikir dengan baik-baik terlebih dahulu. Setiap tindakan, kita perlu mengambil kira kepentingan tindakan tersebut dan kesan-kesannya terhadap diri sendiri, keluarga ataupun masyarakat. Sebagai contohnya, bagi pelajar, jika mereka mengamalkan amalan ini akan mengelakkan mereka daripada ponteng kelas dan melanggarkan peraturan sekolah. Hal ini demikian kerana mereka menyedari kesan perbuatan mereka bukan sahaja terhadap masa depan diri sendiri, malahan turut akan melibatkan harapan dan pengorbanan ibu bapa serta orang yang menyayangi kita.
Oleh itu, BERFIKIRLAH dengan BETUL-BETUL dan BIJAK dalam apa jua tindakan yang akan diambil kerana kesilapan membuat perhitungan akan merugikan diri sendiri....... 

                    

No comments:

Post a Comment