Tuesday, 21 April 2015

PENCEMARAN PERSEKITARAN

Semasa kita menuju jauh ke dunia yang semakin moden, taraf hidup dan kesihatan kita menjadi semakin teruk.  Hal ini kerana semasa kita cuba mendapat sesuatu yang lebih baik atau moden, tetapi tidak pernah berfikir dengan kesannya kepada persekitaran dan akhirnya persekitaran tercemar oleh kita.
Sebagai contohnya, kilang-kilang, kereta dan jentera lain mengeluarkan gas pencemaran ke atmosfera, mengeluarkan asap dan udara kotor ke sekitar alam. Akhirnya, kita bernafas  udara kotor ini.
Selain itu, kita membuang sampah dan sisa industri ke dalam sungai akan membunuhkan  ikan dan makhluk lain yang hidup di bawah air.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab kita  sebagai penduduk di bumi ini. Jika setiap orang tidak prihatin terhadap isu ini, maka persekitaran ini akan bertambah buruk lagi sehingga tiada apa-apa hidupan yang boleh hidup dalam bumi ini. Pada masa itu, janganlah harap ada apa-apa cara yang boleh selesaikan masalah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga bumi ini mulai saat ini!!!!

                                    

REALITI

Realiti dalam kegunaan harian bermaksud "keadaan sesuatu seperti mana ia wujud". Istilah realiti, dalam erti paling luas, termasuk segala yang sedia ada, sama ada ia boleh dilihat, boleh difahami, atau kelihatan dirinya tidak konsisten dari segi sains, falsafah, atau mana-mana sistem analisa yang lain.

Tetapi dalam kehidupan manusia, realiti adalah tidak beberapa disukai oleh orang ramai kerana ia akan memutuskan mimpi mewah mereka. Sebagai contohnya, orang yang malas akan sentiasa bayangkan kehidupan mewah yang mereka akan dapatkan walaupun tidak perlu bekerja hanya duduk pun ada wang dapat, tinggal di rumah besar, dan mamandu kereta mewah.


Walau bagaimanapun, pada akhirnya orang tersebut akan kembali semula kepada kehidupan realiti yang begitu kejam, mereka perlu menerima keadaan sebenar dan teruslah bekerja untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.